Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Imane Khelif dari Algeria (berbaju merah) menumbuk pemain Itali Angela Carini dalam perlawanan tinju 66kg awal pusingan 16 wanita semasa Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Utara Paris, di Villepinte pada 1 Ogos 2024. Foto AFP

Olimpik 2024: Kontroversi jantina petinju Algeria timbul perbalahan

ByAFP

PARIS, 2 Ogos: Kemenangan 46 saat petinju Algeria Imane Khelif di Sukan Olimpik Paris pada Khamis mencetuskan perbalahan mengenai peraturan kelayakan jantina.

Kemenangan Khelif semalam menerima kecaman dan bantahan banyak pihak termasuk Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).

Khelif sebelum ini bersama seorang lagi petinju dari Taiwan telah dibatalkan kelayakan oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) kerana isu jantina lelaki namun diberi kebenaran bertanding bagi kategori wanita oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Sebelum ini Khelif dan Lin Yu-ting dari Taiwan, yang bertanding bagi kategori 57 kilogram (kg) tinju wanita telah dibatalkan kelayakan daripada kejohanan dunia pada 2023 di New Delhi yang dikendalikan oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).

Ini bukanlah insiden kali pertama kerana kedua-dua petinju itu turut bertanding di Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lalu.

IBA, dalam satu kenyataan pada hari Rabu, berkata Lin dan Khelif telah hilang kelayakan daripada kejohanan dunia akibat kegagalan mereka memenuhi kriteria kelayakan untuk menyertai pertandingan wanita.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengendalikan tinju di ibu negara Perancis kerana isu tadbir urus, kewangan dan etika di IBA.

Jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Mark Adams memberitahu bahawa petinju terbabit adalah wanita menurut apa yang dinyatakan dalam pasport mereka dan menuduh IBA membuat keputusan tanpa usul periksa.

Pertarungan berat sebelah pada khamis itu mencetuskan reaksi segera daripada Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni, yang berkata pertarungan itu “tidak setaraf” dan dia tidak bersetuju dengan dasar IOC.

Pada khamis Khelif menewaskan petinju wanita dari itali, Angela Carini dalam tempoh 45 saat yang kemudiannya menyaksikan perlawanan diberhentikan kerana Carini enggan meneruskan perlawanan selepas mengalami kecederaan.

Hasil pertemuan itu Khelif kini mara ke suku akhir kategori 66 kg tinju wanita yang bakal berlangsung Sabtu ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan