Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami JAHARI semasa sesi bergambar. Foto: TVS

Majalah DBP ditulis pakar pelbagai bidang

MIRI, 2 Ogos: Majalah terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) seperti Dewan Siswa mampu dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada pihak sekolah untuk kegunaan pelajar.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari berkata ini kerana DBP telah memastikan kandungan majalah diterbitkan itu ditulis oleh pakar pelbagai bidang dengan penguasaan bahasa yang baik.

“Dalam semua bidang, kami menerbitkan majalah yang mempunyai kandungan terbaik dan ditulis oleh pakar negara kita yang menguasai bahasa dengan baik.

“Saya boleh memberi jaminan bahasa dalam majalah kami adalah antara yang terbaik. Tidak ada lagi majalah lain yang diterbitkan di dalam negara kita seperti  diterbitkan DBP,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Gerak Gempur Majalah Dalam Kelas Kembali Ke Sekolah di Sekolah Menengah (SM) Sains Miri pada Jumaat.

Program tersebut diadakan untuk memperkasakan budaya membaca, menggalakkan penggunaan bahan bacaan berkualiti di sekolah dan mengasah bakat penulisan dalam kalangan pelajar.

Ia diadakan di SM Sains Miri dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Miri membabitkan penglibatan dari 150 pelajar dan 10 guru.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan