Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Miri Arts Festival akan berlangsung di Pullman & Times Square bermula 1 hingga 4 Ogos. Foto media sosial

MAF’24: Ketengah hasil seni anak istimewa melalui fesyen

BySalasiah Safian

MIRI, 2 Ogos: Bakat seni yang ada pada golongan autisme tidak disia-siakan, malah boleh menjana pendapatan apabila hasil seni mereka dikomersialkan.

Menyedari bakat itu, pereka fesyen tempatan, Jayakumar Vanialingam atau Jay K bekerjasama dengan golongan ini dalam menghasilkan pakaian bermotifkan lukisan mereka.

Jayakumar Vanialingam (kanan) dan Rani Narayanasamy ketika ditemui di MAF’24, Miri, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

“Apabila baju bercorak lukisan yang dihasilkan golongan autisme berjaya dijual, saya akan mendepositkan wang itu ke dalam bank dia,” katanya ketika ditemui pada Miri Arts Festival 2024 di sini, hari ini.

Beliau berkata, usahanya adalah bagi membantu golongan itu dengan memanfaatkan kreativiti yang dimiliki mereka.

“Kita tolong. Supaya ibu bapa mereka tahu anak-anak ini mempunyai bakat luar biasa,” katanya.

Sementara itu, Rani Narayanasamy berkata kerjasama dengan pereka fesyen telah menjadikan anak istimewanya agar lebih mudah untuk bergaul dengan orang masyarakat dan menyerlahkan bakat.

Menurutnya, golongan autistme perlu diberi pendedahan dengan masyarakat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan