Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ikuti temu bual khas bersama-sama Kilat Boy menjelang SUKMA XXI

Ikuti perkembangan terkini SUKMA XII bersama TVS

ByAyson Aquino

KUCHING, 2 Ogos: Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI) yang berlangsung di Sarawak sudah pasti menghadirkan perasaan teruja dan tidak sabar dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Perasaan teruja tersebut bukan sahaja melibatkan peminat sukan malah ia turut merangkumi keluarga atlet dan usahawan kecil yang sudah pasti tidak melepaskan peluang memasarkan produk mereka.

Berbaki 15 hari lagi, sudah pasti persiapan menyambut temasya dwitahunan tersebut berjalankan lancar terutama melibatkan venue dan logistik.

Bagi memberi pengalaman lebih menarik kepada penggemar sukan di negeri ini, TVS menyediakan program khas menjelang SUKMA XXI.

Malah laman web TVS yang dikemaskini dari semasa ke semasa menampilkan saluran khas yang didedasikan untuk sukan tersebut.

Program yang disediakan termasuk Road to SUKMA 2024 dan A Day With Champion.

Kedua-dua program tersebut mengetengahkan latar belakang dan persiapan atlet muda bagi menghadapi SUKMA.

Lebih menarik lagi, TVS turut menyiarkan temu bual khas bersama-sama juara WBC Asia Silver Super Bantamweight, Daeloniel McDelon atau Kilat Boy.

Selain itu, program sukan ekslusif seperti Kenyalang Badminton Talent dan Hobi Kamek turut disiarkan bagi meningkatkan semangat menjelang SUKMA.

Layari laman web tvsarawak.my untuk mengikuti mengenai perkembangan terkini dan liputan ekslusif SUKMA XXI.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan