Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata GPS lebih mengetahui keperluan rakyat di Sarawak. Foto Faitullah Morni (TVS)

GPS ulangi bertanding di semua kerusi pada PRN seterusnya

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 2 Ogos: Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian tidak akan berkompromi tentang pengagihan kerusi pilihan raya negeri dengan Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, Naib Presiden, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menolak saranan Pengarah Strategik, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni agar GPS memperuntukkan kerusi pilihan raya kepada PH.

Mengambil contoh bahawa Iswardy pernah bertanding tetapi tewas, beliau berkata situasi itu menunjukkan pengundi menolak beliau.

“Bila kita bertanding dan kita tidak menang, itu menunjukkan bahawa rakyat tidak bersetuju dan tidak menyokong kita. Kenapa pula perlu guna pintu belakang untuk meminta kerusi percuma.

“Kita ada parti-parti asal (GPS) dari Sarawak dan mereka lebih tahu tentang masalah dihadapi rakyat di wilayah ini dan kami tidak memerlukan mana-mana parti yang datang dari bahagian lain di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Awal Sarawak Cricket Oval di sini, hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata lagi, beliau tidak ada masalah jika PKR meletakkan calon pada pilihan raya negeri akan datang kerana itu adalah hak demokrasi.

“Demokrasi boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara yakni jika seseorang menang tanpa bertanding itu juga adalah demokrasi.

“Tetapi bersikaplah realistik, kalau Iswardy betul-betul berani dan rasa diterima, jadi bertandinglah. Saya pernah mempelawa dia dahulu untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya, namun dia sendiri tak mahu bertanding,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan