Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sumbangan derma wang oleh China kali ini adalah untuk menyokong UNRWA meningkatkan bantuan kemanusiaan kecemasan ke Gaza. Foto hiasan AFP

China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza

ByBernama

BEIJING, 2 Ogos: Perwakilan China di Palestin menandatangani perjanjian untuk menyumbangkan sejumlah dana kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Khamis.

Ketua Perwakilan China di Palestin, Zeng Jixin dalam majlis penandatanganan itu berkata China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.

“Sumbangan derma wang oleh China kali ini adalah untuk menyokong UNRWA meningkatkan bantuan kemanusiaan kecemasan ke Gaza,” kata Zeng.

Beliau menegaskan bahawa China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan konflik di Gaza selain berusaha untuk mengurangkan bencana kemanusiaan dan melaksanakan “penyelesaian dua negara”.

Timbalan Pesuruhjaya UNRWA, Antonia Marie De Meo menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada China atas sokongannya kepada kerja agensi itu selama ini.

Beliau menyifatkan wang derma dari China sebagai amat penting, di samping menyatakan kesediaan untuk mengukuhkan kerjasama dengan China bagi mengurangkan krisis kemanusiaan di Gaza. -TVS

Tags: derma, gaza, UNRWA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan