Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Sarawak mengadakan lawatan ke Agensi Penggalakan Teknologi dan Maklumat Korea untuk PKS (TIPA) di Seoul. 

Agensi penggalakan teknologi Korea ingin bekerjasama dengan Sarawak – Awang Tengah

ByLuqman Muhammad

SEOUL, 2 OGOS: Agensi Penggalakan Teknologi dan Maklumat Korea (TIPA) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berminat bekerjasama dengan Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia menerusi pertukaran dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pemadanan perniagaan ke perniagaan (B2B) di antara Sarawak dan Korea Selatan.

“Ia bertujuan untuk membantu PKS meluaskan jangkauan pasaran,” kata beliau menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak telah mengetuai delegasi Sarawak mengadakan lawatan ke Agensi Penggalakan Teknologi dan Maklumat Korea untuk PKS (TIPA) di Seoul, pada Khamis.

Menurut kenyataan itu lagi, lawatan berkenaan bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama yang boleh memberi manfaat besar kepada pembangunan perusahaan kecil dan sederhana di Sarawak.

Untuk rekod TIPA merupakan sebuah agensi kerajaan yang berdedikasi untuk menyokong dan memajukan daya saing perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Korea Selatan.

Peranannya adalah untuk memupuk inovasi, menyediakan bantuan teknologi dan meningkatkan daya saing PKS melalui pelbagai program dan perkhidmatan sokongan untuk pertumbuhan yang mampan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan