Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap kepada media selepas mengendalikan ceramah bertajuk ‘The Role of Art in Mental Health’ sempena Miri Arts Festival (MAF) di sini hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Seni berpotensi sebagai terapi kesihatan mental – Dr Noor Hisham

BySalasiah Safian

MIRI, 1 Ogos: Bidang seni berpotensi dijadikan medium rawatan untuk pesakit mental memperoleh ketenangan serta meleraikan kecelaruan minda.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan agar mereka mengenal pasti kaedah terbaik untuk menikmati kesenian semasa mendapatkan rawatan bagi menjamin kesihatan mental.

“Dia (pesakit) boleh mengurangkan kerisauan contohnya kalau kita fokus kepada kesenian dalam dan juga ekspresi kita jadi kebimbangan kita dan sebagainya dia boleh menenangkan. Jadi masa yang kita terfikir daripada benda yang masalah kita, dengan (menikmati) kesenian kita boleh menenangkan mental kita dan memindahkan fokus daripada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengendalikan ceramah bertajuk ‘The Role of Art in Mental Health’ sempena Miri Arts Festival (MAF) di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, aktiviti seni dapat dijadikan sebagai hobi untuk anak-anak seperti mana kegiatan lain yang sering digunakan untuk melegakan tekanan seperti bersukan.

Ia merupakan antara tindakan yang dapat diguna pakai, kata Dr Noor Hisham bagi memantau pengurusan kesihatan mental individu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan