Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang tukang kayu menerima sembilan jahitan di tangan kanan akibat dilibas parang ketika disamun dua lelaki dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Loke Yew di Tanjung Malim, dekat sini, awal pagi tadi. Foto hiasan Envato

Samun: Tukang kayu cedera dilibas parang

ByBernama

IPOH, 1 Ogos: Seorang tukang kayu menerima sembilan jahitan di tangan kanan akibat dilibas parang ketika disamun dua lelaki dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Loke Yew di Tanjung Malim, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mangsa berusia 62 tahun yang tinggal seorang diri pada mulanya terdengar salakan kuat anjing dan mendapati dua lelaki sedang memecahkan tingkap rumah mangsa dalam kejadian pada 5.30 pagi itu.

“Mangsa bertindak mengunci pintu bilik, dan apabila suspek menyedari mangsa berada di dalam bilik rumah itu, kedua-dua suspek memecahkan pintu bilik berkenaan dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Salah seorang suspek telah melibaskan parang menyebabkan tangan kanan mangsa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hasni berkata mangsa cedera di tangan kanan dan mengalami kerugian kira-kira RM1,200 apabila suspek melarikan seutas jam tangan, sebuah telefon bimbit, wang tunai serta dokumen pengenalan diri.

Sementara itu, Mohd Hasni berkata pihaknya sedang giat memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan