Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia tersenarai antara kelompok 10 destinasi utama mesra kripto bagi kalangan nomad dan syarikat digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. Foto hiasan Envato

Malaysia antara 10 destinasi utama mesra kripto – Gobind

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Malaysia tersenarai antara kelompok 10 destinasi utama mesra kripto bagi kalangan nomad dan syarikat digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Ketika berkongsi kelebihan itu, beliau berkata status itu didorong oleh keunikan tenaga kerja negara dengan kos pengambilan khidmat warga tempatan adalah kompetitif berbanding negara-negara jiran.

Malah, keupayaan rakyat Malaysia menguasai pelbagai bahasa juga membolehkan negara-negara global memberi khidmat secara berkesan kepada pelanggan, katanya.

“Bagi tempoh suku pertama 2024, sebanyak 193 syarikat dianugerahkan status Malaysia Digital, separuh daripadanya adalah syarikat infoteknologi yang memanfaatkan teknologi seperti blockchain, Web3 dan kecerdasan buatan (AI),” katanya dalam ucaptama di Minggu Blockchain Malaysia 2024 di sini, hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Gobind turut menekankan kepentingan untuk Malaysia terus menerima guna teknologi baharu muncul seperti blockchain dan AI untuk mencipta cadangan nilai baharu.

Memetik Custom Market Insights (CMI), beliau berkata saiz pasaran teknologi blockchain global dianggarkan bernilai US$4.8 bilion (US$1=RM4.58) pada 2022 dan sekitar US$69 bilion menjelang 2032.

“Kalangan pakar menjangkakan teknologi blockchain akan menjadi pemacu penting pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Usaha memanfaatkan potensi blockchain itu merentasi pelbagai sektor. Kita mampu mencipta peluang baharu, meningkatkan kecekapan dan mengukuhkan kedudukan sebagai ekonomi digital terkemuka, katanya.

Gobind turut menyentuh usaha Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memperkenalkan garis panduan kawal selia bursa aset digital (DAX) di bawah rangka kerja Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO).

Panduan itu memastikan rakyat mendapat akses dan berdagang token dihasilkan oleh teknologi blockchain secara sah dalam persekitaran selamat serta patuh.

“Susulan itu, lebih 840,000 rakyat Malaysia telah membuka akaun dengan DAX setakat ini yang mewakili lebih 72 peratus daripada segmen pelabur,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan