Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: RM12.7 bilion pinjaman perumahan diluluskan setakat Jun 2024

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang mula dilaksanakan kerajaan sejak 2008 telah meluluskan 57,752 permohonan pinjaman bernilai RM12.777 bilion.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, jumlah kelulusan itu setakat 30 Jun 2024.

Jelas beliau pada tahun lepas, sebanyak 23,569 permohonan telah diluluskan dengan nilai pinjaman sebanyak RM5.9bilion.

“Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa meneroka, mengkaji dan menambah baik pelbagai inisiatif dan program bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada perumahan dan telah menyediakan inisiatif pembiayaan untuk menggalakkan pemilikan rumah,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Kor Ming menjawab Senator Mohd Hasbie Muda yang ingin tahu jumlah permohonan SJKP dan kelulusan pada 2023.

Sementara itu beliau memaklumkan antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah i-Biaya melalui SJKP.

“Melalui inisiatif ini, kerajaan memberi jaminan pembiayaan rumah sehingga bernilai RM500,000.

“Ini termasuk jumlah pembiayaan pokok, Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji, yuran guaman dan yuran penilaian (namun) pembiayaan terhad kepada rumah pertama sama ada kediaman baharu atau rumah dalam pasaran sekunder,” katanya.

Berkenaan pinjaman perumahan dua generasi yang menimbulkan pendebatan, Kor Ming memaklumkan tempoh 35 tahun merupakan dasar Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi fleksibiliti kepada peminjam.

“Sebenarnya isu ini tidak ketara kerana kebanyakan peminjam mengikut rekod (berjaya) selesaikan pinjaman dalam tempoh generasi pertama dan hutang itu tidak diwarisi oleh anak mereka,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan