Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dewan Negara: MOTAC, MOF bantu pemain industri pelancongan terkesan penyasaran diesel

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan dua kementerian berkaitan untuk mencari pendekatan sesuai bagi membantu pengusaha industri pelancongan yang terkesan berikutan penyasaran subsidi diesel.

Timbalan Menteri di MOTAC Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, perbincangan sedang dilakukan dengan Kementeringan Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“MOTAC dan Kementerian Kewangan telah mengadakan sesi libat urus dengan penggiat industri pelancongan seperti wakil persatuan industri pelancongan dan persatuan bas persiaran pada 3 Julai 2024.

“Sesi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas serta cadangan bagi membantu industri dalam mengimbangi tanggungan atau beban kewangan susulan kenaikan harga diesel dengan keperluan untuk terus menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelancong dan mengekalkan harga perkhidmatan yang kompetetif,” katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Razali Idris yang meminta MOTAC menyatakan tindakan segera dalam megenal pasti peneraju industri pelancongan terutamanya di pulau yang banyak menggunakan bahan api seperti diesel yang terkesan.

Khairul Firdaus menambah Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan langkah terbaik untuk membantu mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh syarikat-syarikat terlibat.

“Seperti apa yang saya katakan tadi kita dalam usaha membincangkan bersama Kementerian Kewangan dan KPDN, kedua-dua kementerian ini sedang melihat apakah pendekatan terbaik terutamanya kepada sektor pelancongan,” katanya lagi.

Selain itu Khairul berkata, pengusaha yang terjejas juga boleh mengemukakan permohonan secara terus kepada KPDN yang bertanggungjawab menyelaras bantuan subsidi tersebut. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan