Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang juga ketua biro politik Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran, Iran, menurut laporan media antarabangsa. Foto AFP

Masjid di bawah JAKIM, JAWI diminta buat solat jenazah ghaib untuk Ismail Haniyeh

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meminta semua masjid yang berada di bawah agensi itu untuk membuat solat jenazah ghaib buat pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang dilaporkan terbunuh hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau mengarahkan kedua-dua jabatan berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya sekiranya mendapat maklumat terperinci berhubung perkara itu.

“Pengarah JAWI (Datuk Mohd Ajib Ismail) sedang mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan jenazah Ismail Haniyeh. Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan lakukan solat jenazah ghaib,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Hamas mengumumkan awal Rabu bahawa Haniyeh yang juga ketua biro politik Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran, Iran, menurut laporan media antarabangsa.

Televisyen kerajaan Iran juga melaporkan kematian Haniyeh, menyatakan bahawa siasatan ke atas pembunuhan itu sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan tidak lama lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan