Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muzungu menyertai KDN FC pada April lalu dan perpindahannya tidak berjalan seperti dirancang selepas diketepikan beberapa minggu kerana mengalami kecederaan. Foto: Kelantan Darul Naim FC (FB)

Kelantan tamatkan kontrak penyerang import Muzungu

ByBernama

KOTA BHARU, 31 Julai: Penyerang import Chadrack Lukombe Muzungu menjadi pemain pertama ditamatkan kontrak oleh skuad Liga Super, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), berkuat kuasa hari ini.

Presiden KDN FC Rozi Muhamad berkata penamatan kontrak bekas pemain antarabangsa Congo berusia 27 tahun itu dicapai hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak selepas tiga bulan bersama pasukan itu.

“Dia (Muzungu) menyertai KDN FC pada April lalu dan perpindahannya tidak berjalan seperti dirancang selepas diketepikan beberapa minggu kerana mengalami kecederaan.

“Sebaik kembali, dia gagal menembusi skuad utama termasuklah disisihkan pada tiga perlawanan terakhir Liga Super bulan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Pihak pengurusan ingin mengucapkan terima kasih kepada Muzungu atas usaha dan khidmatnya kepada pasukan serta kelab.

“ Selamat maju jaya dalam karier bola sepak bersama kelab lain pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya kini akan melakukan beberapa perubahan drastik termasuk membawa masuk beberapa pemain baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang dibuka September ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan