Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang menjawab soalan berkaitan KKDW di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: KKDW jamin JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberi jaminan fungsi Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI (JKDM) yang dibentuk tidak akan bertindih dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata penubuhan jawatankuasa itu berperanan untuk memantau program-program pembangunan sosioekonomi di kawasan luar bandar manakala JPKK dan JPKKP berperanan untuk mengurus dan mentadbir sesuatu kampung.

“Ini kerana isu pelantikan JPKK dan JPKKP di beberapa buah negeri belum selesai, KKDW tidak boleh tunggu.

“Kita akan bentuk satu komuniti untuk pastikan pembangunan sosioekonomi dan pembangunan tadbir urus dilaksanakan.

“JKDM dilihat sebagai pelengkap kepada usaha sedia ada yang dibuat Kerajaan Persekutuan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Rubiah menjawab pertanyaan Senator Datin Ros Suryat Alang yang ingin tahu jangka masa yang diperlukan bagi menjayakan enam fokus utama seperti mana digariskan KKDW yang berupaya menjadi pengubah keadaan untuk pembangunan 15,000 kampung di seluruh negara.

Dalam pada itu, Rubiah memaklumkan telah merencanakan 62 program tahun ini di bawah enam fokus utama dalam usaha mentransformasikan kawasan luar bandar yang sejahtera inklusif, mampan dan holistik.

Enam fokus utama itu jelas beliau ialah ekonomi dan keusahawanan, pengukuhan tadbir urus dan kemampanan agensi dan anak syarikat, pendidikan, infrastruktur dan teknologi, kepimpinan desa dan tatakelola dan sistem penyampaian.

“Program-program yang direncanakan dapat memberi manfaat khusus kepada masyarakat desa menerusi pelaksanaan agenda melibatkan keberhasilan pendidikan kemahiran sebagai pemacu perubahan.

“Ini sekali gus melonjak modal insan berkemahiran tinggi khususnya dalam kalangan masyarakat desa,” katanya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan