Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 455 berbanding 443 manakala 481 kaunter tidak berubah, 1,122 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung dagangan.

Laporan mandatori pihak korporat beri impak kepada ESG

ByIzzah Kamilah Yunus

KOTA SAMARAHAN, 29 Jul: Berbicara mengenai prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), ramai yang berpendapat bahawa ia hanya tertakluk kepada syarikat ternama sahaja, namun secara hakikat, ia sebenarnya terbuka kepada semua.

Menurut Ketua Felo Penyelidik (Bahagian Tenaga dan Kelestarian), Institut Tenaga Lestari dan Boleh Diperbaharui Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Florianna Lendai Michael Mulok, seperti piawaian dalam Bursa Malaysia, permintaan ESG yang tinggi ini juga mula mempengaruhi syarikat lain.

“Malaysia merujuk kepada Bursa Malaysia dan Bursa Malaysia juga merujuk kepada piawaian antarabangsa, jadi kita ada dua jenis pelaporan iaitu mandatori dan sukarela. Laporan mandatori adalah bagi syarikat korporat kerana syarikat ini mempunyai impak bagi alam sekitar dan sosial.

“Oleh itu, syarikat korporat harus menjadi barisan hadapan dari segi pelaporan, dan anda boleh lihat seperti Petronas, Shell, Khazanah dan Media Prima yang sudah mempunyai pelaporan sendiri,” katanya ketika ditemu bual TVS di UNIMAS Kota Samarahan, pada Rabu.

Katanya, menerusi pengedaran dan permintaan ini, syarikat besar harus menjadi contoh dan barisan hadapan kepada syarikat lain dalam penerapan amalan ESG.

Dr Florianna Lendai Michael Mulok ketika ditemubual TVS di UNIMAS Kota Samarahan pada Rabu. Photo: TVS

Selain badan dan entiti kerajaan yang juga syarikat milik negeri, Florianna menyifatkan bahawa institusi kewangan seperti perbankan, firma dan agensi peminjaman wang juga harus menjadi contoh dalam melaksanakan ESG.

“Mereka akan dapat melihat kepada proses bagaimana ESG akan dapat melihat bagaimana pengaruh ESG menyokong kelestarian dalam perniagaan menerusi pelaburan.

“Ini agar mereka yang sudah melalui proses dapat mengakses kepada organisasi dalam melaporkan apa yang mereka perlu untuk mewujudkan tahap keselamatan atau keyakinan pelabur terhadap syarikat mereka.

Mengulas mengenai pemahaman dan persepsi masyarakat Sarawak dalam ESG, beliau berkata ia masih berada di tahap rendah dan dalam masa sama sedang membangun menerusi inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta seperti kursus dan forum perniagaan yang dilihat dapat memberikan kesedaran.

Walaupun terdapat kesedaran, Dr Florianna menyifatkan masih terdapat jurang yang besar, dan Sarawak masih lagi berada di belakang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan