Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Rabu. Foto hiasan, Envato.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Isnin, tetapi prospek jangka pendek untuk mata wang tempatan itu kekal baik dengan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Amerika Syarikat (AS) mendapat momentum, kata ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.6550/6610 berbanding dolar AS daripada 4.6550/6605 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan akan diberikan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 30-31 Julai ini dan pasaran mengunjurkan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

“Kita akan menyaksikan sokongan seterusnya untuk ringgit hari ini,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata pasaran memantau langkah Bank of Japan yang seterusnya berikutan ia memulakan tindakan pengetatan kuantitatif.

“Keputusan dasar monetari mereka adalah pada 31 Julai. Jepun dilihat lambat dari segi mengetatkan monetari,” katanya.

Sementara itu, mata wang tempatan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding euro kepada 5.0516/0581 daripada 5.0530/0590 pada Jumaat lepas dan tinggi berbanding pound kepada 5.9887/9964 daripada 5.9901/9971 minggu lepas, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0200/0241 daripada 3.0176/0214 sebelum ini.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4659/4706 daripada 3.4641/4684 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9525/9764 daripada 12.9069/9268 sebelum ini.

Mata wang tempatan mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 285.5/286.0 daripada 285.5/286.0 pada Jumaat lepas dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.97/7.99 sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan