Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aidel Lariwoo ketika mengadakan lawatan Projek Trans Borneo Highway (Miri) di Miri, hari ini.

Projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 1 capai 35 peratus pelaksanaan

BySalasiah Safian

MIRI, 29 Julai: Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 1 yang membabitkan pembinaan jalan raya 76 kilometer (km) dari Lawas ke persimpangan Long Lopeng kini telah mencapai 35 peratus tahap kemajuan pelaksanaan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo berkata, kerja-kerja pembinaan projek tersebut mendahului lima peratus berbanding perancangan awal.

Projek yang dibina menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1 bilion ini mendahului jangkaan, katanya pada sidang media selepas lawatan kerja Projek Trans Borneo Highway (Miri) di sini, hari ini.

Beliau berharap kontraktor yang dilantik akan terus konsisten menyiapkan baki projek dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sementara itu, untuk projek SSLR 2 pula katanya kerja-kerja awal di tapak telah bermula dan projek itu dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

Projek ini akan melibatkan pembinaan jajaran baharu dan menaik taraf jalan sedia ada mengikut piawaian R3 sepanjang 322 kilometer yang akan menghubungkan lokasi-lokasi di Sarawak.

Lokasi-lokasi berkenaan merangkumi bandar Lawas ke bandar Limbang dan ke pekan Mulu tanpa melalui Brunei dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM7.2 bilion.

Projek yang akan dilaksanakan melalui empat pakej ini akan berfungsi sebagai akses dan mobiliti terutamanya kepada masyarakat setempat disamping kepada pelancong untuk bergerak dengan lebih selesa dan selamat.

Untuk rekod, Surat Setuju Terima (SST) untuk projek ini telah diserahkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kepada kontraktor utama pada 26 Mac 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan