Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat kereta api Perancis pada Ahad mengumumkan bahawa kerja-kerja pembaikan landasan kereta api yang rosak akibat kebakaran telah selesai. Foto AFP

Olimpik Paris: Kerja pembaikan Rel Perancis selesai selepas sabotaj, keselamatan diperketat

ByBernama

ANKARA, 29 Julai: Syarikat kereta api Perancis pada Ahad mengumumkan bahawa kerja-kerja pembaikan landasan kereta api yang rosak akibat kebakaran telah selesai.

SNCF, pengendali kereta api nasional mengumumkan bahawa kerja pembaikan dilakukan sepanjang dua hari lalu ekoran cubaan sabotaj yang menjejaskan laluan kereta api berkelajuan tinggi ke Paris.

Langkah keselamatan tambahan telah diambil sementara pihak berkuasa terus menjejaki dalang kejadian, lapor Agensi Anadolu.

Gangguan berlaku sebelum majlis pembukaan Sukan Olimpik pada 26 Julai.

Landasan kereta api dibakar di Pagny-sur-Moselle, Courtalain dan Croisilles di seluruh Perancis dan menjejaskan hampir 800,000 penumpang pada minggu lepas.

Percubaan membakar landasan kereta api di Vergigny berjaya digagalkan.

Olimpik, yang berlangsung sehingga 11 Ogos dijangka menarik kunjungan sekitar 16 juta pelancong dengan penyertaan 10,500 atlet. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan