Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berucap pada Majlis Makan Malam sempena Program Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di sini malam tadi. Foto Bernama

Ketegangan di Bangladesh: Pelajar boleh sambung pengajian di Malaysia atau sebaliknya

IPOH, 29 Julai: Pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung pengajian mereka di dalam negara atau kembali ke negara itu sekiranya keadaan kembali aman, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lebih lanjut dilaksanakan bersama pelajar-pelajar berkenaan dari segi hala tuju mereka selepas ini.

“Kita akan tengok bagaimana kedudukan mereka ketika ini, apa pilihan mereka kalau nak sambung di dalam negara (atau tidak) tetapi bagaimanapun kita nak kena tengok dari segi kelayakan, kedudukan dan subjek yang mereka ambil dan sebagainya.

“Kita mahu mereka diberi kaunseling atau berjumpa dengan pegawai-pegawai kita untuk kita mengetahui kedudukan mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus sempena Persidangan Pemikiran dan Tamaduan Islam Sedunia (WCIT) 2024 di sini pada Ahad.

Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai lepas ekoran keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018 dan kesan daripada demonstrasi itu mengorbankan lebih 130 nyawa.

Susulan itu, seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar telah dibawa pulang dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas.

Mengenai WCIT 2024, Zambry berkata persidangan itu diharap dapat menghasilkan resolusi dan formula dalam menangani isu global terutama melibatkan keamanan dunia.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke persidangan itu esok dan dijadual turut dihadiri Anwar.

Dianggarkan lebih 1,000 peserta terdiri daripada ulama, pemimpin, intelektual, profesional dan masyarakat akan menghadiri persidangan itu pada esok hingga 31 Julai di Casuarina Meru di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan