Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 2,113 kekosongan jawatan guru sekolah di Sarawak setakat ini belum terisi.Foto fail, Bernama.

Hari bersejarah untuk Sarawak, Dewan Negara luluskan dua RUU kembalikan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Dewan Negara sebentar tadi meluluskan pemansuhan dua Rang Undang -Undang (RUU) bagi mengembalikan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak.

Kelulusan itu membabitkan RUU Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 dan RUU Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 selepas bacaan kali ketiga.

Seramai 15 Ahli Dewan Negara terlibat dalam perbahasan selepas RUU itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

Hasbi berkata, pada 20 Februari 2023, Kerajaan Sarawak telah mengemukakan satu memorandum kepada Kementerian Pengangkutan berkenaan hasrat mereka untuk menukar status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri Sarawak.

“Lanjutan itu, Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan tindakan sewajarnya bagi memperhalusi permohonan tersebut bersama Kerajaan Sarawak dan satu Memorandum Jemaah Menteri mengenai hasil perbincangan tersebut telah dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Mac 2024,” katanya ketika pembentangan RUU Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembentangan) 2024 di hari ini.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah kemudian mengumumkan seramai lapan Ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan RUU berkenaan.

Berkenaan pembentang RUU Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 pula, Hasbi memaklumkan perkara itu merangkumi dua fasal.

Kata beliau Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan memberi menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

“Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemansuhan Akta 217 dan perintah-perintah yang dibuat di bawahnya disebabkan oleh perubahan dasar Kerajaan untuk menukar status Pelabuhan Bintul daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri,” katanya.

Tambah beliau, RUU berkenaan ini hanya memfokuskan kepada aspek pemansuhan Akta 217.

“Lain-lain perkara yang bersangkutan penukaran Status Pelabuhan Bintulu dan implikasinya akan dijelaskan dengan lebih terperinci melalui pembentangan RUU Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 yang akan dilaksanakan bagi pembentangan seterusnya,” katanya.

Seramai tujuh Ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan dan diluluskan selepas bacaan kali ketiga.

Pada 17 Julai lepas, kedua RUU berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat selepas dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan