Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua anggota polis ditahan dipercayai melakukan pemerasan wang terhadap warga asing di Jalan Taming Sari, Kajang, Selangor. Foto fail Bernama

Dua anggota polis ditahan disyaki lakukan pemerasan

ByBernama

SHAH ALAM, 29 Julai: Dua anggota polis ditahan dipercayai melakukan pemerasan wang terhadap warga asing di Jalan Taming Sari, Kajang, Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tangkapan dilakukan selepas polis memeriksa video tular memaparkan dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu dipercayai sedang memeras wang daripada seorang lelaki.

Beliau berkata kedua-duanya kini direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Polis kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan, mahupun pegawai rendah yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah. Siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular menerusi media sosial video memaparkan dua anggota polis dipercayai ketika sedang melakukan rondaan telah menahan sebuah kereta dinaiki warganegara asing dan telah memeras sejumlah wang daripada seorang lelaki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan