Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai tujuh Ahli Dewan Negara mengambil; bahagian dalam perbahasan bacaan kali kedua RUU berkaitan pemansuhan Pelabuhan Bintulu sebagai Pelabuhan Persekutuan hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Negara: Pelabuhan Bintulu kendalikan lebih 40 juta tan kargo setahun

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Pelabuhan – pelabuhan di Sarawak memainkan peranan penting untuk mencapai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) ke arah menjadi wilayah berpendapatan tinggi.

Ahli Dewan Negara, Senator Susan Cheremai Anding berkata memandangkan Sarawak berhasrat untuk mengeksport lebih banyak barangan, pelaburan berkenaan akan diberi keutamaan untuk memastikan kecekapan bagi memudahkan perdagangan permintaan domestik dan antarabangsa.

Kata beliau, hari ini merupakan hari bersejarah untuk Sarawak kerana pemansuhan Rang Undang – Undang (RUU)  pelabuhan berkenaan sebagai pelabuhan persekutuan membawa 1,000 makna untuk rakyat Sarawak terutamanya dalam konteks pembangunan.

“Pelabuhan Bintulu merupakan pelabuhan yang mempunyai kepentingan strategik kepada Sarawak dan Malaysia.

“Ia merupakan terminat terbesar di Malaysia Timur dan juga pelabuhan serbaguna terbesar di Sarawak dengan (mengendalikan) lebih 40 juta tan kargo setiap tahu.

“(Pelabuhan Bintulu) juga menghubungan Sarawak dengan pelabuhan utama antarabangsa dan hub – hub pengangkutan. Ia juga terminal gas asli cecair (LNG) terbesar di Asia Timur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan bacaan kali kedua RUU Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah membentangkan RUU untuk mengadakan peruntukan bagi membubarkan status Pelabuhan Bintulu sebagai Pelabuhan Persekutuan bagi bacaan kali yang kedua.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Ali Basah kemudian meneruskan sesi dengan membuka perbahasan kepada tujuh Ahli Dewan Negara.

Proses penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak selesai sepenuhnya 2025

Sementara itu Susan Chemerai berkata, pengembalian pelabuhan berkenaan selaras dengan hak Sarawak di bawah Perlembangaan Persekutuan iaitu perkara berkaitan pelabuhan adalah di bawah bidang kuasa negeri bagi Sabah dan Sarawak.

“Ini hak (Sarawak berdasarkan) Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak lebih dan tidak kurang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan