Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Batu Kawa, Kuching, malam tadi. Foto Bomba dan Penyelamat

Warga emas maut kemalangan, kereta terbalik

BySaibi Gi

KUCHING, 27 Julai: Seorang warga emas maut manakala seorang lagi mangsa cedera ringan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Batu Kawa, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata kereta dinaiki dua mangsa terbalik, mengakibatkan Ateng Jeros, 71, tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

“Seorang daripadanya telah keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa masih berada dalam kenderaan dalam keadaan tersepit dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa yang cedera ringan diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital.

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.35 malam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan