Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fong Joo Chung berkata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat fokus mencari inisiatif dalam menambah pendapatan kerajaan. Foto TVS

Sarawak tidak ambil hak orang jana pendapatan negeri


KUCHING, 27 Julai: Kerajaan Sarawak tidak mengambil hak orang lain dalam menjana pendapatan demi melaksanakan pembangunan dan memakmurkan ekonomi.

Mantan Peguam Besar Sarawak Dato Sri Fong Joo Chung berkata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat fokus mencari inisiatif dalam menambah pendapatan kerajaan.

“Seperti yang beliau (Abang Johari) katakan, Sarawak tidak akan mengambil hak orang lain dan kita berharap orang lain juga tidak mengambil hak kita,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri The Borneo State Symposium di Muzium kebudayaan Borneo di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan Sarawak sedia maklum tentang pentingnya mempunyai pendapatan sendiri tanpa terlalu bergantung dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek dan program pembangunan.

“Seperti yang saya katakan, jika kita ingin membina jambatan umpamanya, kita mohon peruntukan dengan Kerajaan persekutuan, mereka mungkin akan bersetuju atau tidak bersetuju.

“Mungkin juga akan memberikan separuh daripada peruntukkan yang diminta itu, jadi bagaimana kita ingin mempercepatkan pembangunan negeri kita,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan