Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur menguasai eksport Malaysia dengan menyumbang 82.9 peratus kepada jumlah eksport pada Jun 2024. Foto hiasan Envato

Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak, KL pengeksport utama pada Jun

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur menguasai eksport Malaysia dengan menyumbang 82.9 peratus kepada jumlah eksport pada Jun 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jabatan itu menjelaskan Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM237.8 bilion pada Jun 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM126.0 bilion dan RM111.8 bilion.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Pulau Pinang kekal sebagai  pengeksport utama dengan sumbangan 34.2 peratus, diikuti Johor (20.6 peratus), Selangor (17.3 peratus), Sarawak (6.5 peratus) dan Kuala Lumpur (4.2 peratus).

“Prestasi eksport mencatatkan nilai RM126.0 bilion pada Jun 2024, meningkat sebanyak RM2.1 bilion atau 1.7 peratus daripada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Peningkatan itu dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM2.0 bilion), Terengganu (+RM1.3 bilion), Perak (+RM767.0 juta), Selangor (+RM403.1 juta), Sarawak (+RM397.6 juta), Kedah (+RM337.0 juta), Kelantan (+RM122.1 juta) dan Johor (+RM112.2 juta),” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan mengenai Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Jun 2024 yang dikeluarkan pada Jumaat.

Mohd Uzir berkata bagaimanapun, nilai eksport menurun di Labuan sebanyak RM1.7 bilion, Pahang (-RM1.2 bilion), Melaka (-RM312.0 juta), Negeri Sembilan (-RM206.7 juta), Sabah (-RM71.6 juta), Kuala Lumpur (-RM54.4 juta) dan Perlis (-RM23.6 juta).

Beliau berkata import pada Jun 2024 meningkat RM16.9 bilion atau 17.8 peratus kepada RM111.8 bilion berbanding bulan yang sama pada 2023.

Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM4.6 bilion), Pulau Pinang (+RM4.1 bilion), Selangor (+RM3.3 bilion), Kedah (+RM2.3 bilion), Kuala Lumpur (+RM1.5 bilion), Negeri Sembilan (+RM1.2 bilion), Terengganu (+RM101.4 juta), Perlis (+RM82.3 juta) dan Kelantan (+RM36.6 juta), katanya.

“Bagaimanapun, nilai import susut di Melaka sebanyak RM3.5 billion, Sarawak (-RM264.5 juta), Perak (-RM249.1 juta), Sabah (-RM170.6 juta), Labuan (-RM110.5 juta) dan Pahang (-RM5.2 juta),” katanya.

Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 25.5 peratus, diikuti oleh Johor (23.3 peratus), Pulau Pinang (20.9 peratus), Kuala Lumpur (7.6 peratus) dan Kedah (6.3 peratus). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan