Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Huang Tiong Sii ketika menyempurnakan perasmian Ekspo Pendidikan Daerah di Dewan Sentral Sarikei, hari ini. Foto TVS

Pelaburan terbesar Sarawak bangunkan generasi kompeten

SARIKEI, 27 Julai: Sarawak dilihat sebagai contoh terbaik dalam mempelopori usaha menyediakan golongan muda dengan kemahiran teknikal supaya mereka lebih bersedia berhadapan dengan realiti kemajuan pada masa depan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, langkah bersepadu yang dilaksanakan kerajaan itu berupaya mewujudkan generasi berdaya tahan dan kompeten seiring dengan perkembangan teknologi digital.

Malah ujarnya, Sarawak bakal mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama di negara ini yang menawarkan pendidikan percuma menjelang tahun 2026.

“Usaha ini bukan angan-angan sebaliknya dilaksanakan atas keyakinan Kerajaan Sarawak terhadap kekuatan ekonomi.

“Ini ditambah dengan kemajuan dan kestabilan negeri didokong oleh pola masyarakatnya yang sentiasa hidup bersatu padu,” katanya ketika menyempurnakan perasmian Ekspo Pendidikan Daerah di Dewan Sentral Sarikei, hari ini.

Menurut Tiong Sii, penubuhan institusi pengajian tinggi di bawah inisiatif Kerajaan Sarawak merupakan satu usaha untuk menyediakan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ini merupakan pelaburan jangka panjang yang memberi pulangan yang besar dalam bentuk pembangunan manusia dan kemakmuran bersama.

“Malah kerajaan optimis melalui pendidikan, seseorang itu mampu mengukur potensi diri dan memilih kerjaya yang sesuai untuk masa hadapan,” katanya.

Pada majlis sama beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, turut menyampaikan sumbangan kepada 112 orang pelajar cemerlang daripada daerah sarikei dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan