Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Festival Tarian Singa 2024 menyemarakkan kegiatan pelancongan, kebudayaan dan ekonomi. Foto TVS

Festival Tarian Singa rancakkan aktiviti pelancongan, kebudayaan

KUCHING, 27 Julai: Festival Tarian Singa 2024 yang julung kali diadakan di bandar raya ini merupakan inisiatif untuk menyemarakkan kegiatan pelancongan, kebudayaan dan ekonomi.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya, Rosnan Abdul Rahman berkata festival itu mengetengahkan kepelbagaian budaya yang disertai penduduk setempat dan pelancong.

Rosnan Abdul Rahman. Foto TVS

“Festival ini adalah platform untuk kita mengangkat warisan budaya negara kita iaitu tarian singa yang secara tidak langsung meraikan kebersamaan dan juga kelestarian seni budaya.

“Ini adalah salah satu produk untuk menarik lebih ramai lagi pelancong,” katanya ketika ditemui pemberita pada Festival Tarian Singa di Tebingan Kuching, malam tadi.

Penganjuran festival itu merupakan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Kerajaan Sarawak.

Rosnan berkata lagi, pihaknya berharap penganjurannya dapat meningkatkan semangat perpaduan dan toleransi serta menyemai nilai-nilai murni dan budaya nilai tinggi dalam kalangan masyarakat supaya lebih bersifat terbuka dan saling hormat-menghormati.

Sehubungan itu, beliau mempelawa orang ramai untuk hadir memeriahkan pelbagai acara yang berlangsung pada 26 hingga 28 Julai di Tebingan Kuching.

“Kita tidak memfokuskan kepada satu budaya masyarakat sahaja kerana kita faham masyarakat kita majmuk adalah penting jadi harapan saya program ini akan terus mendapat sambutan yang menarik,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan