Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Mersal Abang Rosli. Foto Muqri Aziz (TVS)

Ekspo Pendidikan Sarawak dedah pelajar luar bandar peluang lanjut pengajian

KUCHING, 27 Julai: Penganjuran Ekspo Pendidikan Sarawak membuka peluang kepada anak-anak Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar melanjutkan pengajian mereka di institusi pendidikan tinggi (IPT) milik Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak.

Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli berkata ekspo itu turut menyediakan pilihan kepada pelajar sama ada mengikuti kursus bercorak akademik atau kemahiran kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta orang awam.

“Apa yang penting bagi kami adalah anak Sarawak khususnya dari kawasan luar bandar dapat mengetahui dan menikmati faedah pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak.

“Kami amat optimis inisiatif pengajian ekspo di seluruh wilayah ini akan dapat menangani isu keciciran anak Sarawak yang mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pelajaran masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti i-CATS di sini, hari ini.

Ekspo itu dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Penganjuran ekspo pendidikan itu diadakan secara serentak di seluruh 45 daerah di Sarawak dengan menyasarkan 14,000 pengunjung.

Pada majlis itu juga, Yayasan Sarawak telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) bagi menawarkan kursus perakaunan di empat IPT iaitu Kolej Universiti i-CATS, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Universiti Curtin, Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan