Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Bahagian Kuching Tahun 1446H/ 2024M di Masjid Al-Abyad, Matang Jaya, Kuching, malam tadi. Foto TVS

Al-Quran panduan serta rujukan utama umat Islam

KUCHING, 27 Julai: Al-Quran merupakan panduan serta rujukan utama bagi umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, majlis tilawah yang setiap tahun dianjurkan bersama Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) merupakan inisiatif untuk mempertahan, memperkasa serta memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

“Al-Quran menganjur serta mendorong umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisis dan menggunakan akal yang dikurniakan Allah S.W.T untuk dimanfaatkan,” katanya yang juga merangkap Penaung Majlis Tilawah Al-Quran Bahagian Kuching.

Beliau berkata demikian pada majlis penangguhan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat bahagian Kuching Tahun 1446H/ 2024M di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman. Hadir sama Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi.

Fadillah berkata lagi, al-Quran adalah sumber intelektual dan spiritual Islam yang merupakan asas bukan hanya bagi agama dan kerohanian semata-mata, tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan termasuk teknologi.

Seramai 12 peserta yang terdiri daripada enam Qari dan enam Qariah dari daerah Kuching dan Lundu bagi memilih untuk mewakili Bahagian Kuching pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Negeri yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Para peserta dinilai dari sudut kelancaran bacaan (fasohah), hukum tajwid, suara, persembahan dan taranum oleh panel hakim yang dipengerusikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Ustaz Mohammad Shalahuddin Marzuki.

Mohd Safwan Mahli dinobatkan sebagai Johan Qari, manakala, Nina Nurfayati Muhammad dinobatkan sebagai Johan Qariah Bahagian Kuching.

Johan bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM2,000 berserta sijil dan hadiah iringan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan