KANOWIT, 26 Julai: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di kebunnya di Jalan Batu Luking di sini, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Yusuf Morni berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.28 petang dan telah menggerakkan enam anggota ke lokasi.
Jelas beliau, Ssetibanya di lokasi bomba mendapati seorang mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri .
“Mangsa dikenali sebagai Jubit Bilong berusia 82 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau memberitahu, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. -TVS.