Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima cenderamata disampaikan Dato Sri Huang Tiong Sii pada Majlis Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Taman Negara Loagan Bunut dicadang sebagai Tapak Ramsar baharu

KUCHING, 26 Julai: Taman Negara Loagan Bunut di Miri telah dicadangkan sebagai Tapak Ramsar yang baharu sebagai satu inisiatif memelihara dan melindungi kawasan-kawasan hutan paya laut di dalam negeri.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata cadangan itu adalah bagi mengimbangi keperluan pembangunan dan pemeliharaan kawasan hijau di Sarawak.

“Dalam mengimbangi keperluan pembangunan, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memelihara dan melindungi kawasan-kawasan hutan paya laut di Sarawak.

“Di Sarawak, satu kawasan telah diisytihar sebagai kawasan Tapak Ramsar yang kelima negara iaitu Taman Negara Kuching Wetland dengan keluasan 6610 hektar pada tahun 2005,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii.

Secara keseluruhannya, Sarawak mempunyai 67 Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) dengan keluasan keseluruhan 2,118,249 hektar dan 118 Hutan Simpan Kekal (PFE) dengan jumlah keluasan 3,960,381 hektar.

Di samping itu, Jabatan Hutan Sarawak mencadangkan 31 kawasan sebagai PFE baru yang dijangka melibatkan kawasan seluas 814,437 hektar.

Bagi kawasan hutan paya laut, setakat ini, Sarawak mewartakan 12,950 hektar iaitu 19 peratus daripada keseluruhan keluasan hutan paya laut di Sarawak sebagai TPA, manakala 11,084 hektar atau 16 peratus daripada keseluruhan keluasan hutan paya laut di Sarawak diwartakan sebagai PFE. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan