Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tengah) merasmikan Kongres Majlis Hospis dan Rawatan Paliatif Malaysia di Sibu, malam tadi. Foto TVS

Sarawak sasar perluas perkhidmatan paliatif di seluruh negeri

SIBU, 23 Julai: Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk meluaskan perkhidmatan penjagaan paliatifnya di seluruh negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, penjagaan paliatif di Sarawak kini tertumpu di kawasan bandar dan belum disepadukan sepenuhnya ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan utama.

“Kita perlu mengembangkan lagi perkhidmatan penjagaan paliatif untuk memenuhi permintaan menjelang 2030, memandangkan Sarawak mempunyai keperluan yang tinggi untuk penjagaan paliatif.

“Jarak yang jauh untuk mendapatkan perkhidmatan itu, contohnya dari Sibu ke Kuching memakan masa yang lama, walaupun infrastruktur jalan raya baik tetapi ia masih jauh dan bukan sahaja masa perjalanan tetapi kos dan sebagainya agak besar,” katanya berucap merasmikan Kongres Majlis Hospis dan Rawatan Paliatif Malaysia (MHCC) Ke-15 di sini, malam tadi.

Tambahnya, penjagaan paliatif di negara ini telah ditubuhkan pada 1995, manakala Sarawak memulakan usaha penjagaan paliatifnya pada kemudiannya, pada 2016, di Jabatan Onkologi, Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Saya gembira kerana banyak badan bukan kerajaan(NGO) membantu kami mengisi kekosongan, terutamanya dalam penjagaan paliatif domisiliari, yang kini boleh didapati di 34 klinik kesihatan setakat 2023.

“Terdapat kerjasama berterusan antara Sarawak dan American Society of Clinical Oncology (ASCO), yang merangkumi e-Kursus Penjagaan Paliatif ASCO dalam talian yang dilancarkan pada 2021.

“Kerjasama ini telah meluaskan manfaat bukan sahaja kepada peserta di Sarawak tetapi juga di seluruh Malaysia,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan