Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 27 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu Pintas Mega di sebuah kilang kitar semula di Kawasan Perindustrian IGB Tasek, Ipoh, semalam. Foto Bernama

Remaja Myanmar jadi buruh paksa diselamatkan

ByBernama

IPOH, 26 Julai: Seorang remaja lelaki warga Myanmar berusia 16 tahun diselamatkan pihak berkuasa selepas disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa di sebuah kilang memproses bahan kitar semula di Kawasan Perindustrian IGB Tasek di sini, semalam.

Dalam serbuan Ops Pintas Mega sekitar jam 3.30 petang itu yang turut disertai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dengan kerjasama polis, seramai 27 pekerja asing warga Myanmar dan China turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Operasi dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Perak.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan pada Khamis berkata seorang lelaki tempatan berperanan sebagai pengarah syarikat berusia 49 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan berhubung jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta menggaji pekerja asing tanpa permit.

Katanya JAS Perak turut mengambil tindakan ke atas kilang tersebut kerana tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan