Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Ismawi Ismuni berkata RECODA memikul amanah merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar Sarawak. Foto Zaim Zharfan (TVS)

RECODA di peringkat kajian pelaksanaan bina jalan dekat sempadan

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) diberi amanah merancang dan membangunkan pembinaan dua jalan iaitu Long Bang-Bario dan Bario-Ba’ Kelalan.

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni berkata jalan raya ini akan menjadi pemangkin kegiatan ekonomi dan perdagangan rentas sempadan memandangkan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara terletak di Kalimantan Timur.

Menurutnya, projek di bawah Kerajaan Persekutuan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihaknya kini telah diberi peruntukan untuk melaksanakan peringkat kajian.

“Pada masa ini kita diberikan peruntukan untuk menjalankan kajian dan Insya-Allah pada 30 Julai ini kita akan berjumpa pemimpin di kawasan tersebut supaya kita tahu bagaimana hendak mengatur jajaran ini supaya ia memberi impak paling besar.

“Bayangkan sekarang ini bagaimana kita hendak ke Bario dan Long Banga ia mengambil masa yang panjang, tetapi kalau ada rangkaian jalan ini sudah tentu mudah untuk kita kerana ia bersambung dengan Sabah Sarawak Link Road (SSLR),” katanya ketika ditemui pada acara Selangor International Business Summit 2024 di sini pada Khamis.

Ismawi berkata lagi, projek ini bertujuan memanfaatkan aktiviti ekonomi serantau yang sekali gus menyumbang kepada pencapaian matlamat yang ditetapkan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Rangka Tindakan Kelestarian Sarawak.

Menurutnya, sebagai agensi pelaksana, projek infrastruktur dan program pembangunan sosioekonomi di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), komitmen RECODA bukan sahaja menyediakan mobiliti untuk komuniti tempatan tetapi juga kepada mereka yang berhasrat melihat sendiri keindahan dan kekayaan Sarawak.

Sehubungan itu, RECODA diberi tanggungjawab besar untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Jelasnya, usaha ke arah itu kini sedang giat dijalankan supaya dapat memberi manfaat selain meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat.

Projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan sekali gus membantu menyediakan kemudahan bagi menarik pelaburan, katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan