Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap semasa majlis sambutan ulang tahun ke-30 NREB Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini. Foto TVS

NREB diseru perkenal pendekatan inovatif pengurusan alam sekitar – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 26 Julai: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak diseru memperkenalkan pendekatan inovatif dalam pengurusan alam sekitar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam pembangunan hijau, kelestarian alam sekitar dan penyimpanan karbon.

Tambah beliau NREB juga perlu bersedia untuk mengawal selia semua pembangunan dengan berkesan.

“Dasar dan peraturan yang kukuh merupakan tulang belakang usaha pengurusan alam sekitar.

“Ia bukan sahaja memastikan pembangunan yang berkesan dan bertanggungjawab tetapi juga melindungi ekosistem semula jadi kita, memupuk budaya kelestarian dalam sektor perniagaan dan industri, serta meminimumkan kesan buruk terhadap alam sekitar dan mengelakkan kejadian bencana alam yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan ulang tahun ke-30 NREB Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam ini.

Turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr.  Sim Kui Hian serta Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu Abang Johari turut memuji pencapaian NREB dalam pelaksanaan Sistem Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang memastikan projek pembangunan dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.

“Ini bukan sahaja melindungi ekosistem semula jadi kita tetapi juga memupuk budaya kelestarian dalam sektor perniagaan dan industri kita,” tambahnya.

Abang Johari berkata Sarawak telah melaksanakan tindakan tegas dan merancang pelbagai strategi untuk mengatasi cabaran yang timbul akibat perlepasan gas rumah hijau.

“Hutan bukan sahaja sebagai sumber ekonomi dalam bentuk penebangan kayu, ekopelancongan dan farmaseutikal malah memberikan manfaat alam sekitar dan ekonomi baharu.

“(Ini kerana) hutan menyerap gas karbon dioksida dari atmosfera, bertindak sebagai penyerap karbon dan seterusnya mengurangkan perubahan iklim,” katanya.

Sementara itu, Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak NREB, Jack Liam mendedahkan bahawa Penstrukturan Semula Organisasi dan Keperluan Tenaga Kerja telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 28 Februari 2024.

“Kelulusan berkenaan penting untuk meningkatkan kapasiti dan kemampuan NREB seiring dengan seruan Abang Johari.

“Sebanyak 97 jawatan telah diluluskan dan akan diisi dalam tempoh enam tahun, membolehkan kami mempunyai tenaga kerja dan sumber yang diperlukan untuk mengawal selia sisa terjadual dan aktiviti berkaitan gas rumah hijau (GHG),” katanya.

Tambah beliau langkah ini juga melibatkan penubuhan tiga bahagian baharu di peringkat ibu pejabat dan sebuah pejabat bahagian di Kapit.

“Peningkatan jawatan yang berkaitan ini dilaksanakan di kedua-dua ibu pejabat dan pejabat bahagian yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2024.

“Pencapaian ini adalah hasil panduan Lembaga dan kepimpinan (YAB) Premier yang amat dihormati,” tambahnya lagi. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan