Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Model menara baharu yang akan dibina di Masjid Jamek Negeri Sarawak bermula tahun depan. Foto,Jasni Hanif (TVS).

Masjid Jamek Sarawak bakal berubah wajah seperti Masjid Nabawi, Madinah

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 26 Julai: Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini bakal berubah wajah dengan perlaksanaan projek mendirikan empat buah menara utama setinggi 75 meter serta dua buah menara kecil.

Menurut Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), lebih istimewa menara itu akan dikuasakan dengan tenaga hijau yang dilengkapi panel solar dan lampu rendah tenaga.

“Pembinaan enam menara ini mengambil inspirasi Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Hagia Sophia di Turki,” kata LAKMNS menerusi kenyataan media.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan pelancaran model menara baharu itu sempena Majlis Menelusuri Kegemilangan LAKMNS di Anjung Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

Sementara itu LAKMNS memaklumkan, projek itu dijadual bermula awal 2025 dan dijangka mengambil masa selama dua tahun untuk siap sepenuhnya.

Pada majlis itu Abang Johari turut melancarkan buku Menelusuri Kegemilangan terbitan lembaga berkenaan.

Buku berkenaan mengandungi susur galur penubuhan serta perkembangan masjid di bawah kendalian LAKMNS termasuk Masjid Bandaraya Kuching dan Masjid Jamek Negeri Sarawak serta perkembangan LAKMNS.

“Buku ini turut memaparkan maklumat tentang transfromasi LAKMNS serta pencapaiannya sejak ditubuhkan,” kata kenyataan itu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan