Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP.

Malaysia gesa rakan-rakan dialog ASEAN sokong gencatan senjata di Gaza

ByBernama

VIENTIANE, 26 Julai: Malaysia menggesa rakan dialog yang menghadiri Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Laos  menyokong gencatan senjata di Gaza serta menamatkan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia bersama Indonesia dan juga Brunei senada membawa usul dalam mesyuarat di Pusat Konvensyen Nasional (NCC) di sini.

“Kita menggesa rakan-rakan dialog untuk memastikan Israel mematuhi keputusan-keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa di mana resolusi yang telah diputuskan iaitu Resolusi 2375 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai situasi di Gaza,” katanya kepada media Malaysia di sini pada Jumaat.

Beliau berkata Malaysia juga menggesa rakan-rakan dialog memberikan sokongan terhadap penubuhan negara Palestin yang merdeka.

Selain itu, Mohamad berkata Malaysia juga menghargai peranan dimainkan oleh Rusia, yang merupakan rakan dialog ASEAN dan anggota tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan menghargai peranan yang mainkan oleh pihak Rusia, selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang memang dengan tegasnya menyokong perjuangan rakyat Palestin selama ini,” katanya.

Beliau berkata Rusia boleh memainkan peranan untuk menjayakan agenda-agenda dalam misi membantu  rakyat Palestin.

Mohamad juga memberitahu Lavrov bahawa Malaysia berharap Rusia terus memainkan peranan dalam mencapai gencatan senjata di Gaza.

Dalam pertemuan dengan rakan sejawat Hakan Fidan dari Turkiye, Mohamad berkata Malaysia dan Turkiye mahu pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dihentikan segera.

Beliau berkata Turkiye mahu supaya negara-negara Islam mengukuhkan kerjasama untuk mendesak Israel menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Pada hari ketiga Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM) dan mesyuarat berkaitan, Mohamad telah mengadakan dialog bersama dengan 10 rakan-rakan ASEAN pada Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar  ASEAN.

Selain Lavrov dan Fidan, antara rakan dialog yang hadir termasuk Setiausaha Luar United Kingdom David Lammy, Menteri Luar Norway Espen Barth Eide dan Perwakilan Tertinggi Hal Ehwal Luar Negara dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell-Fontelles. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan