Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Martin Ben dan Datu Hii Chang Kee bersama pemenang Konvensyen Innovative And Creative Circle Peringkat M-FICORD di Kuching, malam tadi. Foto TVS

‘Lawatan ke luar Sarawak bukan mahu berseronok’ – Stephen Rundi

KUCHING, 26 Julai: Lawatan sambil belajar ke luar negara atau negeri lain bukan bertujuan untuk melancong, tetapi bermatlamatkan mempelajari apa yang boleh diadaptasikan bagi menambah baik sektor pertanian dan makanan di Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pegawai di kementeriannya dan agensi perlu memanfaatkan sebaik mungkin untuk mempelajari teknologi, teknik dan kemajuan sektor pertanian di negara lain yang dilawati.

“Kerajaan membenarkan kita pergi melawat semua kawasan ini (luar Sarawak) bukan mahu berseronok tetapi kita nak melawat sebab nak melihat kenapa negara dan tempat lain boleh buat sesuatu untuk memajukan sektor pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Konvensyen Innovative And Creative Circle (ICC) Peringkat Kementerian Industri Makanan Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) 2024 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Martin Ben dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee mewakili Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Dr Rundi berkata mereka perlu benar-benar komited dalam memastikan apa yang mampu dicapai oleh negara lain juga dapat dilaksanakan dalam sektor pertanian di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar warga kementeriannya dan agensi di bawahnya mencabar diri sendiri agar lebih kreatif dan inovatif.

Kerjasama berpasukan antara kakitangan kementerian dengan agensi di bawahnya amat-amat mustahak untuk memastikan visi dan sasaran mampu dicapai khususnya melibatkan sasaran dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Mengenai Konvensyen ICC beliau berkata, ia merupakan platform untuk memperkasakan lagi tahap kerjasama berpasukan serta memupuk idea inovasi dan kreatif yang baharu untuk meningkatkan kualiti kerja dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

Pada Konvensyen ICC Peringkat M-FICORD, lapan kumpulan turut serta dalam merebut anugerah dan trofi menteri dan akan mewakili kementerian ke peringkat seterusnya untuk merebut Anugerah Berprestij Trofi Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan anugerah penarafan bintang dan kumpulan ini terdiri daripada M-FICORD, DOA, DVS dan SALCRA.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan