Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir merasmikan Pesta dan Regatta Batang Kayan Lundu 2024, di sini hari ini. Foto kredit, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Kajian pendidikan percuma universiti selesai tidak lama lagi – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

LUNDU, 26 Julai: Kajian implikasi kos bagi melaksanakan pendidikan percuma di universiti milik Kerajaan Sarawak pada 2026 dijangka selesai tidak lama lagi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setakat ini inisiatif berkenaan yakin dapat dilaksanakan berdasarkan kedudukan kewangan semasa Sarawak yang kukuh.

Jelas Abang Johari, setelah pendidikan percuma peringkat universiti itu bermula, ia harus diteruskan.

“Saya rasa kita (Kerajaan Sarawak) dapat bayar yuran untuk pelajar yang layak.

“Apabila dimulakan, ia tidak boleh putus (berhenti),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta dan Regatta Batang Kayan Lundu 2024, di sini hari ini.

Sarawak laksana perdagangan karbon ikut protokol antarabangsa, kajian pakar – Abang Johari

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan dan ADUN Opar, Billy Sujang.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pendidikan percuma itu akan melahirkan lebih banyak tenaga kerja profesional dalam ekonomi baharu yang sedang berkembang pesat di Sarawak.

“Jangan lupa kita ada metanol (Kompleks Metanol Sarawak) selepas ini kita akan bangunkan amonia, jadi kita hendak (tenaga kerja) kejuruteraan.

“Ini adalah satu kajian disiplin baharu menuju ke arah teknologi,” katanya.

Sarawak laksana perdagangan karbon ikut protokol antarabangsa, kajian pakar – Abang Johari

Sebelum ini, Abang Johari mengumumkan bahawa pendidikan percuma peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak untuk anak jati negeri itu dijangka dapat dilaksanakan pada 2026.

Beliau berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepada beliau untuk menetapkan jangkaan itu dimulakan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan