Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah selatan Ambon, Indonesia. Foto BMKG

Gempa bumi bermagnitud 6.3 magnitud gegar Ambon, Maluku

ByTVS

JAKARTA, 26 Julai: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah timur laut Maluku Barat yang terletak 121 kilometer dari wilayah Ambon, Indonesia.

Berdasarkan maklumat Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gegaran yang berlaku seawal pukul 3.32 pagi tadi waktu tempatan itu berpusat pada kedalaman 157 kilometer dari daratan.

Menurut Ketua Pusat Gempa dan Tsunami BMKG Daryono, hasil analisis menunjukkan gempa bumi mempunyai pergerakan naik.

“Dengan melihat lokasi pusat gempa dan kedalaman hiposenter, gempa bumi yang berlaku adalah jenis gempa bumi perantaraan akibat aktiviti ubah bentuk batuan di Banda,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tiada amaran Tsunami dikeluarkan meskipun gempa yang terjadi cukup besar.

Setakat ini, tiada kerosakan dilaporkan oleh Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) akibat gempa bumi itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan mengelakkan dari bangunan yang retak atau rosak akibat gempa bumi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan