Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ella akan menemui peminatnya sempena Kembara RIUH OOHA! bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Kuching.

Ella bakal temui peminat sempena Kembara RIUH OOHA! di Kuching

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 26 Julai: Ratu rock tanah air, Ella bakal menemui peminatnya di Sarawak sempena penganjuran Kembara RIUH OOHA! bermula hari ini hingga Ahad depan (28 Julai 2024).

MyCreative Ventures selaku penganjur berkata, kembara yang memasuki edisi keenam penganjuran itu merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi.

“Acara ini bertujuan untuk merancakkan ekonomi kreatif dengan mencipta peluang pekerjaan bagi artis dan usahawan tempatan, memupuk ekosistem kreatif serta melonjakkan semangat keusahawanan,” kata agensi itu menerusi kenyataan media.

Turut dijemput membuat persembahan ialah Noh, Insomniacs, Midnight Fusic serta artis-artis tempatan Sarawak.

“Selain muzik, bengkel seni dan aktiviti interaktif, terdapat juga vendor yang menjual makanan serta barangan unik.

“Kembara RIUH OOHA! ini merupakan Kembara RIUH pertama di Sarawak dengan kerjasama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), sebuah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang berkembang pesat di Malaysia, Indonesia dan Filipina,” tambah kenyataan itu.

Sejak 2022, Kembara RIUH telah menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan, memberikan impak kepada lebih 4,000 artis dan industri kreatif tempatan serta menjana jualan usahawan kreatif mencecah RM3 juta.

Orang ramai dijemput hadir meriahkan acara di tempat letak kereta A Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya bermula 3 petang hingga 11.30 malam dan kemasukan adalah percuma. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan