Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Tun Wan Junaidi yakin keupayaan Awang Bemee teruskan reformasi Parlimen

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 25 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menaruh harapan terhadap Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah untuk membantu usaha Kerajaan Persekutuan meneruskan reformasi Parlimen.

Beliau turut berharap Awang Bemee yang dilantik pada 22 Julai lepas akan menerusikan usaha mempertingkatkan mekanisme semak dan imbang yang telah dilaksanakan beliau sebelum peletakan jawatannya awal tahun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tun Wan Junaidi berkata pelantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu dilihat bertepatan dengan tarikh Sarawak mencapai kemerdekaan pada 61 tahun yang lalu.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu dilantik, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

“Saya gembira melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih pemimpin Sarawak sekali lagi untuk dicalonkan dan akhirnya disahkan oleh Ahli Dewan Negara untuk menjawat jawatan itu.

“Pelantikan beliau sememangnya penting kerana ia juga bertepatan dengan tarikh Sarawak mencapai kerajaan sendiri pada 61 tahun lalu iaitu 22 Julai 1963, tarikh sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963,” katanya.

Untuk rekod, Awang Bemee merupakan warga Sarawak yang keempat memegang jawatan berkenaan selepas Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai Abang Muhideen (1988-1990), Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (19 Jun 2023-19 Januari 2024) dan Datuk Mutang Tagal (19 Februari 2024-10 Mei 2024 – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan