Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Tengku Muhammad cabar Pahang rangkul 60 pingat emas SUKMA Sarawak

ByBernama

KUANTAN, 25 Julai: Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah mencabar kontinjen Pahang untuk merangkul sebanyak 60 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak, Ogos ini.

Beliau menzahirkan cabaran itu mengatasi sasaran 40 emas yang diletakkan oleh Pahang sebelum ini dengan tujuan membangkitkan semangat atlet negeri untuk membuat yang terbaik.

Gunakanlah platform ini untuk menunjukkan kehebatan rakyat Pahang, atlet Pahang. Kita sasar 40, insya-Allah, tahun ini, saya nak 60 sasaran pingat emas,” katanya.

Tengku Muhammad berkata demikian kepada atlet Pahang selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA Pahang Ke Sukan Malaysia XXI, Sarawak 2024 di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Beliau yang mewakili Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi majlis tersebut turut mengingatkan atlet untuk menjaga nama Pahang dan menunjukkan kelakuan yang baik, berintegriti, bersopan, menghormati tuan rumah serta sesiapa sahaja.

Ketika ditanya mengenai cabaran Tengku Muhammad, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata cabaran 60 pingat emas itu terlalu tinggi tetapi kontinjen Pahang menerimanya dan cuba melakukan terbaik.

SUKMA kali ini yang berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan menyaksikan Pahang menghantar seramai 564 atlet, 123 jurulatih dan 46 pengurus pasukan dengan mempertaruhkan 50 peratus daripada mereka merupakan atlet baharu.

Pahang menyasarkan 40 pingat emas, 19 perak dan 64 gangsa berpandukan kepada potensi dan prestasi semasa.

Pada SUKMA Kuala Lumpur 2022, kontinjen Pahang meraih 22 emas, 21 perak dan 27 gangsa dan kedudukan kesembilan keseluruhan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan