Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan negeri Perak menawarkan insentif RM5,000 kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak melalui Skim Insentif Kemenangan SUKMA. Foto SUKMA 2024 (FB)

SUKMA: Perak tawar insentif RM5,000 kepada atlet raih emas

ByBernama

IPOH, 25 Julai: Kerajaan negeri Perak menawarkan insentif RM5,000 kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak melalui Skim Insentif Kemenangan SUKMA.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak Khairudin Abu Hanipah berkata pemenang pingat Perak pula akan menerima RM3,000 dan gangsa (RM1,000).

“Bagi atlet berpasukan, pemenang pingat emas akan menerima RM2,500 setiap seorang, perak (RM1,500 setiap seorang) dan gangsa (RM500 setiap seorang),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas Kontinjen SUKMA Perak 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata pada edisi kali ini, kerajaan negeri turut bersetuju meneruskan insentif di bawah skim sama kepada jurulatih dan pengurus yang mula ditawarkan pada edisi SUKMA 2022.

Bagi insentif itu, katanya jurulatih pasukan akan menerima 30 peratus daripada nilai pingat tertinggi manakala pengurus pasukan menerima 20 peratus daripada nilai tertinggi pingat diraih.

“Sebagai contoh, jurulatih atlet yang meraih emas, nilai pingat emas RM5,000 maka jurulatih akan menerima RM1,500, ini bagi memberikan semangat kepada mereka untuk terus melahirkan atlet hebat,”  katanya.

Berpegang slogan semangat “Belang Tarung Tiga Warna” dan “Silver to Gold”, kontinjen SUKMA Perak pada edisi kali ini membawa misi memburu 35 pingat emas atau lebih dengan menyasarkan kedudukan lima terbaik daripada 14 negeri yang bertanding.

Perak menghantar kira-kira 900 atlet pada temasya sukan dwitahunan yang berlangsung bermula 17 hingga 24 Ogos ini.

Dalam pada itu, Khairudin berharap setiap atlet menjaga imej negeri dengan menunjukkan displin dan komitmen yang tinggi setiap kali turun bertanding.

“Gunakanlah peluang yang ada ini untuk membuktikan komitmen dan keupayaan untuk bersaing seterusnya dapat melayakkan diri ke dalam pasukan kebangsaan yang membawa cabaran yang lebih besar di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan