Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan telah mengeluarkan surat pemberitahuan penerimaan tender katering kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Kedah. Foto hiasan Envato

SPRM nafi keluar surat tawaran tender katering

ByBernama

PUTRAJAYA, 25 Julai: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan telah mengeluarkan surat pemberitahuan penerimaan tender katering kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Kedah.

Menurut kenyataan agensi antirasuah negara itu, ia mengesan satu surat tawaran palsu berhubung penerimaan tender pembekalan makanan bernilai RM150,000 yang kononnya dikeluarkan oleh SPRM Kedah bertarikh 23 Julai 2024.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan pihak yang mengeluarkan surat palsu tersebut dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, SPRM menasihati orang ramai supaya menghubungi pejabatnya bagi mengesahkan surat tawaran yang kononnya dikeluarkan oleh suruhanjaya berkenaan jika timbul sebarang keraguan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan