Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sektor perkhidmatan menyumbang 62.5 peratus kepada pampasan pekerja, diikuti sektor pembuatan dengan sumbangan 23.6 peratus. Foto hiasan

Sektor perkhidmatan penyumbang terbesar kepada pampasan pekerja

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 25 Julai: Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada pampasan pekerja, menurut statistik Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kaedah Pendapatan bagi tahun 2023.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sektor perkhidmatan menyumbang 62.5 peratus kepada pampasan pekerja, diikuti sektor pembuatan dengan sumbangan 23.6 peratus.

“Pampasan pekerja dalam sektor perkhidmatan meningkat 4.3 peratus, disokong oleh pertumbuhan dalam semua subsektor terutamanya perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jekasnya, sektor perkhidmatan dan pembuatan merangkumi 86.1 peratus daripada jumlah keseluruhan pampasan pekerja, menggambarkan peranan penting sektor-sektor ini dalam ekonomi Malaysia.

“Sektor pembinaan dan pertanian masing-masing menyumbang 8.1 peratus dan 3.5 peratus, manakala sektor perlombongan dan pengkuarian merupakan penyumbang terkecil, 2.2 peratus kepada keseluruhan pampasan pekerja,” tambahnya.

Menurut Mohd Uzir, berikutan penambahbaikan dalam pasaran buruh, pampasan pekerja merekodkan pertumbuhan yang kukuh 4.2 peratus sementara Lebihan Kendalian Kasar (LKK) menurun 1.8 peratus.

“Prestasi agihan pendapatan ini menunjukkan peralihan ke arah sumbangan pampasan pekerja yang lebih baik iaitu 33.1 peratus berbanding 32.3 peratus pada tahun 2022.

“Namun begitu, LKK masih menyumbang dengan ketara kepada KDNK pada 64.8 peratus walaupun 2.3 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya,” katanya.

Dalam konteks perbandingan antarabangsa, Mohd Uzir berkata komposisi pampasan pekerja di rantau Asia Tenggara adalah lebih rendah, iaitu kurang daripada 40 peratus daripada KDNK, manakala sumbangan LKK adalah lebih besar.

“Berbanding dengan ekonomi maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Kanada, pampasan pekerja menyumbang lebih besar daripada LKK, masing-masing pada 53.1 peratus, 52.4 peratus dan 51.1 peratus,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan