Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah bercakap kepada TVS dalam temu bual khas di pejabatnya di Dewan Negara semalam. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Sarawak tidak lagi bergantung kepada balak, minyak dan gas di bawah pimpinan Abang Johari

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Sarawak tidak lagi bergantung kepada balak, minyak dan gas sebagai sumber pendapatannya di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Yang di- Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, menerusi pelbagai pendekatan baharu termasuk mempelopori ekonomi hijau yang dilaksanakan, Sarawak berjaya mempelbagaikan asas ekonominya.

Kata beliau ini menunjukkan Abang Johari seorang pemimpin yang berwawasan bagi melonjakkan pertumbuhan wilayah berkenaan.

“Premier Sarawak bijak dalam menguruskan pendapatan (dengan menceburi) trend baharu termasuk ekonomi hijau serta sektor tenaga boleh diperbaharui.

“Beliau mentransformasikan Sarawak daripada landskap berasaskan sumber asli kepada ekonomi hijau dan mempelbagaikan sumbernya,” katanya menerusi temu bual bersama TVS di pejabatnya di Dewan Negara.

Tambah Awang Bemee, bidang-bidang yang dipelopori oleh Sarawak ketika ini telah meningkatkan kemampuan kewangan.

“Jika dahulu kita (Sarawak) hanya bergantung kepada balak, minyak dan gas serta pertanian, tetapi sekarang kita melonjak kepada bidang baharu dengan adanya hidrogen, tenaga boleh diperbaharui dan penyimpanan serta penangkapan karbon.

Ini selari dengan trend baharu kita untuk menjaga perubahan iklim,” katanya.

Selain itu Awang Bemee berkata, inisiatif yang dilaksanakan oleh Abang Johari itu juga akan menentukan kebajikan dan kemakmuran Sarawak pada masa akan datang terutama apabila wujudnya peluang-peluang pekerjaan yang baharu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan