Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri KPWK, Dato Sri Fatimah Abdullah ditemui pada acara Affin Bizchat di sini hari ini. Foto TVS

Sarawak fokus 12 indikator kesejahteraan komuniti, perlu penglibatan pihak swasta

ByFebbright James

KUCHING, 25 Julai: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) memfokuskan kepada usaha penganjuran aktiviti berdasarkan 12 indikator kesejahteraan komuniti.

Bagi menjayakan usaha itu Menteri KPWK, Dato Sri Fatimah Abdullah mempelawa kerjasama pelbagai pihak khususnya pihak swasta untuk turut serta dalam penganjuran aktiviti kemasyarakatan tersebut.

“Kita mengalu-alukan kerjasama (pelbagai pihak) kerana kita tidak boleh melaksanakannya sendiri. Tapi kalau kita bekerjasama dengan misi dan visi yang jelas, kita dapat mensejahterakan rakyat.

“Kita mensasarkan indeks kesejahteraan sosial untuk dua tahun akan datang (2026) akan lebih baik dan meningkat dari tahun ini,” katanya ditemui pada acara Affin Bizchat di sini hari ini.

Terdahulu Dato Sri Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat merasmikan majlis penutupan program Affin Bizchat Affin anjuran Kumpulan Affin yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini.

Dalam pada itu, beliau turut membuat tawaran kepada Kumpulan Affin untuk berkolaborasi menganjurkan Persidangan Negeri Menua tahun hadapan.

“Saya baru nak ‘risik’ dan menawarkan (kerjasama). Kita berharap akan lebih banyak lagi aktiviti yang dianjurkan oleh Affin Bank dengan kementerian dan usahawan bumiputera mungkin dalam bentuk kolaborasi atau Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Dengan ini saya cadangkan kepada Affin untuk lebih menonjol sebab kalau dulu orang tidak berapa kenal dengan Affin. Mungkin dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan juga perjanjian persefahaman (MOU) orang akan lebih mengeni Affin,” tambahnya.

Ujarnya, aktiviti yang dijalankan juga boleh dilaksanakan di luar bandar supaya komuniti di sana dapat turut merasai kewujudan Affin.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan