Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kembara RIUH OOHA! yang julung kalinya diadakan di Sarawak bakal membuka tirai. Foto Kementerian Komunikasi (FB)

RIUH OOHA! buka tirai di Sarawak esok

ByBernama

KUCHING, 25 Julai: Kurang 24 jam lagi, Kembara RIUH OOHA! yang julung kalinya diadakan di Sarawak bakal membuka tirai.

Tinjauan Bernama di parkir kereta A Stadium Negeri, Petra Jaya di sini, yang juga tapak acara berlangsung, mendapati kerja-kerja pemasangan khemah dan pentas sedang giat dilakukan.

RIUH  OOHA! yang diadakan dengan kerjasama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akan berlangsung mulai esok dan berakhir pada Ahad dari 3 petang hingga 11.30 malam.

Menyasarkan 35,000 pengunjung sepanjang acara berlangsung, RIUH OOHA! adalah platform kreatif yang bertujuan mempromosi pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa selain menyediakan bengkel kreatif, pameran serta persembahan.

Tema utama edisi ini ialah Neo-Nusantara yang mengetengahkan elemen Tropika, Futuristik dan sisi kreatif lain Sarawak.

Sebanyak 50 gerai jualan barangan kreatif dan kraf tangan akan dibuka manakala 25 lagi mengkhusus kepada jualan makanan serta minuman.

Semalam, MyCreative Ventures dalam kenyataan memaklumkan RIUH OOHA! turut menampilkan persembahan artis tempatan seperti  Ella, Noh, Insomniacs dan  Midnight Fusic.

Kembara RIUH OOHA! adalah inisiatif Kementerian Komunikasi bagi merancakkan ekonomi kreatif dengan mencipta peluang pekerjaan untuk artis dan usahawan tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan